Kursus Permainan Kanak-kanak I-Play
di Perpustakaan Desa Kg. Melayu Nyior, Kluang.
Kursus ini diadakan selama 2 hari pada 7 & 8 Mac 2009
dari pukul 8.30pg hingga 5.30 petang
seramai 25 orang peserta yang rata-ratanya penduduk tempatan.
Kursus ini untuk menggalakkan kanak-kanak
dari lahir hingga berumur 8 tahun
belajar sambil bermain dan bagaimana cara mengaplikasikan
permainan untuk kanak-kanak normal
menjadi permainan untuk kanak-kanak istimewa.
Malangnya, saya hanya dapat mengikuti kursus ini
selama 1/2 hari sahaja disebabkan masalah-masalah tertentu.